Bomba selamatkan jari kanak-kanak tersepit eskalator

Bomba selamatkan jari kanak-kanak tersepit eskalator

JOHOR BAHARU, 14 Dis (Bernama) – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan jari kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit di eskalator kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, dekat Muar, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Marzuki Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.35 malam dan seorang pegawai berserta enam anggota balai tersebut tiba di lokasi pada 10.10 malam.

“Operasi mengeluarkan jari kaki kanan mangsa, Ahmad Farhan Zulkifli, 6, menggunakan peralatan menyelamat, yang tamat kira-kira 10.50 malam. Berdasarkan pengamatan, tiada tanda menunjukkan bahawa jari itu patah,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, bagi tindakan lanjut.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan jari kaki seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit pada eskalator di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh malam kelmarin. – Bernama
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan jari kaki seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit pada eskalator di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh malam kelmarin. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA