Bombardier padam kebakaran hutan di Kuala Baram

Bombardier padam kebakaran hutan di Kuala Baram

SERIAN, 25 Feb (Bernama) – Dua pesawat Bombardier yang digunakan untuk memadam kebakaran hutan di Kuala Baram, Miri menjalankan tugasnya dengan berkesan sepanjang tiga hari lepas.

Bagaimanapun, angin kuat di kawasan terjejas memarakkan dan menjadikan api merebak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di sini hari ini.

Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu akan diteruskan hari ini.Menurutnya, ketika ini, Malaysia memiliki dua pesawat jenis itu dan merupakan satu-satunya negara di rantau ini yang memilikinya.

“Kalau ada satu lagi, memang sungguh baik, tetapi kami perlu tangguhkan pembeliannya berikutan keadaan ekonomi semasa.