Bonucci puji Conte

Bonucci puji Conte

PARIS, 28 Jun (AFP) – Tonggak pertahanan Itali Leonardo Bonucci melahirkan pujian terhadap taktikal jurulatih, Antonio Conte yang menyaksikan pasukan itu menumpaskan juara bertahan Sepanyol 2-0 pada aksi pusingan kalah mati, awal pagi tadi.

Anak buah Conte bakal bertemu juara dunia, Jerman di suku akhir dan Bonucci percaya kerjasama berpasukan yang diperagakan Itali membolehkan mereka menewaskan pasukan yang memiliki kemahiran individu yang lebih baik berbanding mereka.

“Conte menjadi watak penting kerana dia merancang segala taktikal dalam setiap perlawanan. Proses yang bermula sejak dua tahun lalu kini sudah membuahkan hasil.

“Skuad ini kekurangan pemain berbakat jadi kami perlu beraksi sebagai satu pasukan dan memiliki corak permainan tersendiri dan Conte membentuk kami ke arah itu,” kata Bonucci.

Conte menghadiri sesi latihan bersama pasukannya di Montpellier kelmarin sebagai persediaan untuk suku akhir Euro 2016. – AFP
Conte menghadiri sesi latihan bersama pasukannya di Montpellier kelmarin sebagai persediaan untuk suku akhir Euro 2016. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Itali memiliki rekod menakjubkan ke atas Jerman apabila mereka belum lagi tewas dalam lapan aksi menentang pasukan bimbingan Joachim Loew itu.

“Kami mengharapkan supaya dapat meraikan lagi kemenangan selepas perlawanan seterusnya. Ia satu perlawanan yang besar menentang penyandang juara dunia.

“Mereka dibarisi pemain yang hebat, kami ada 23 pemain yang mempunyai impian yang sama. Kami mengimpikan kemenangan hari ini dan itu yang kami peroleh,” kata Bonucci lagi.

ARTIKEL YANG SAMA