Bonus Volkswagen tidak masuk akal

Bonus Volkswagen tidak masuk akal

pg18_160502_b

BERLIN, 1 Mei (AFP) – Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schaeuble berkata beliau tidak memahami bagaimana bos Volkswagen boleh mempertahan bonus mereka selepas skandal penipuan pengeluaran besar-besaran yang menjerumuskan pengeluar kereta itu dalam krisis global, menurut temu bual dengan Die Welt yang disiarkan hari ini.

Kritikan itu keluar selepas Volkswagen mendedahkan pada minggu ini bahawa eksekutif tertinggi mereka akan dibayar 63.2 juta euro untuk tahun 2015 meskipun kerugian besar yang diperoleh daripada kontroversi penipuan itu.

“Saya tidak faham bagaimana anda boleh memimpin sebuah syarikat DAX (bursa saham Jerman) dalam krisis yang mengancam kewujudannya, dan seterusnya mempertahan bonus anda sendiri dalam perdebatan awam,” beritahu Schaeuble kepada akhbar Jerman.

“Ia menunjukkan sesuatu adalah tidak betul,” tambah beliau.

Selepas bantahan meluas, lembaga penyelia VW mengumumkan ia akan membeku 30 peratus daripada bonus tahunan anggota lembaga eksekutif untuk tahun 2015 untuk bayaran tiga tahun kemudian, bergantung pada prestasi saham kumpulan.

Perdebatan telah berlarutan selama beberapa minggu di Jerman mengenai sama ada eksekutif tertinggi VW berhak memperoleh bonus berkaitan prestasi selepas mengingatkan tentang beberapa siri pengawalan ketat ekoran skandal manipulasi enjin.

Volkswagen dipaksa menarik balik kenderaan di seluruh dunia selepas ia mengaku ia telah memasang “peranti kegagalan” bertujuan menipu ujian pengeluaran dalam 11 juta enjin diesel.

Pengeluar kereta itu mendedahkan kerugian berjumlah 1.58 bilion euro untuk tahun lalu selepas memperuntuk 16.2 bilion kereta dalam peruntukan untuk membayar denda, tindakan guaman dan kos penarikan balik yang diramalnya daripada skandal.

Ia merupakan kerugian pertama syarikat kereta sejak 1993.

ARTIKEL YANG SAMA