Bootcamp Amal bantu Pusat Ehsan

Bootcamp Amal bantu Pusat Ehsan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Mengamalkan gaya hidup yang sihat menerusi kegiatan senaman merupakan satu kegiatan yang bukan sahaja amat bermanfaat untuk menjaga kesihatan tetapi ia juga merupakan kegiatan riadah yang menyeronokkan.

Dalam usaha untuk menggabungkan amalan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman sambil beramal, Helmi Abdullah Fitness mengadakan acara Bootcamp Amal iaitu acara senaman sambil beramal di Bangunan DAR Takaful, kelmarin.

Acara itu telah mendapat sambutan daripada orang ramai, yang mana derma berjumlah $340.90 telah dikutip dan disumbangkan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

Sumbangan bagi Pusat Ehsan itu diterima oleh Ketua Sokongan Pembelajaran, Pusat Ehsan, Dayang Lovella G Depala yang disampaikan oleh Pengasas Helmi Abdullah Fitness, Awang Helmi Abdullah.

Awang Helmi Abdullah dan Dayang Lovella bergambar ramai dengan wang sumbangan kutipan acara Bootcamp Amal itu.
Awang Helmi Abdullah dan Dayang Lovella bergambar ramai dengan wang sumbangan kutipan acara Bootcamp Amal itu.

pg09_160620_b

Kutipan daripada acara amal itu dihasratkan dapat membantu pembelajaran pelajar-pelajar berkeperluan khas terutamanya bagi kelas permulaan, pertengahan dan kelas atas.

Acara itu juga dihasratkan untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk beramal sambil bersenam terutama semasa bulan Ramadan di mana umat Islam menunaikan ibadah puasa namun masih mampu melakukan kegiatan senaman sebagai amalan gaya hidup yang sihat.

ARTIKEL YANG SAMA