Borang Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Pantai 2016 dibuka

Borang Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Pantai 2016 dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Pantai bagi tahun 2016 pada 22 Mei ini di Gelanggang Pantai JBS Menglait, Gadong.

Sehubungan itu, orang ramai yang berkeinginan untuk menyertai kejohanan tersebut bolehlah mendapatkan borang permohonan mulai sekarang daripada Haji Zaman bin Haji Samad di talian 8825580 sehingga tarikh tutup penyertaan pada 19 Mei, jam 4 petang.

Setiap kemasukan akan dikenakan bayaran sebanyak $20 setiap regu.

Sementara itu, pada 20 Mei nanti akan diadakan mesyuarat mengenai pengurus-pengurus pasukan dan cabutan undian.

ARTIKEL YANG SAMA