Borang kemasukan pelajar Persekolahan Arab dibuka hari ini

Borang kemasukan pelajar Persekolahan Arab dibuka hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan Borang Tawaran Kemasukan Pelajar-pelajar Baru Tahun 5 ke Persekolahan Arab bagi Sesi Pengajian 2016M/1437H akan dibuka bermula esok hingga 21 November 2015 dari 7:30 pagi hingga 2 petang (kecuali Jumaat dan Ahad).

Sehubungan itu, KHEU dalam kenyataannya, meminta semua ibu bapa dan penjaga yang anaknya terpilih memasuki Sekolah Arab bagi tahun 2016 supaya membawa anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Arab yang berkenaan.

Sekolah-sekolah Arab tersebut termasuk Mahad Islam Brunei, Sekolah Arab Sungai Akar, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, Sekolah Persediaan Arab Belait dan Sekolah Persediaan Arab Temburong.

Kementerian berkenaan turut memaklumkan bahawa tarikh tutup menghantar borang berkenaan adalah pada 21 November 2015.

ARTIKEL YANG SAMA