Borang kurnia tambang haji mula diedar

Borang kurnia tambang haji mula diedar

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Jabatan Urusan Haji memaklumkan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan sama ada yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara bahawa borang permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1437H/2016M telah mula diedarkan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, semua permohonan hendaklah sampai ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama tidak lewat daripada 11 Rejab bersamaan 19 April ini.

Permohonan tersebut hendaklah dihadapkan ke Jabatan Urusan Haji melalui ketua jabatan masing-masing sebelum tarikh tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA