Borang penyertaan jualan karnival Konvo Politeknik kini dibuka

Borang penyertaan jualan karnival Konvo Politeknik kini dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Bersempena dengan majlis konvokesyennya yang ke-2 pada 21 Januari 2016, Politeknik Brunei akan mengadakan Karnival Konvo di Kawasan Letak Kereta, Jalan Bendahara, Bandar Seri Begawan, berhadapan dengan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, mulai 15 hingga 19 Januari 2016.

Antara acara-acara yang akan diadakan nanti termasuk pameran, persembahan kebudayaan, jualan makanan dan barangan daripada para pengusaha dan peniaga-peniaga tempatan serta orang ramai. Sehubungan dengan itu, Politeknik Brunei dalam kenyataannya, menjemput pengusaha tempatan dan orang ramai yang berminat untuk menyertai karnival tersebut untuk menyewa tapak perniagaan yang disediakan pada harga berpatutan.

Borang penyertaan dan syarat-syarat bagi karnival itu bolehlah didapati di Kaunter Pertanyaan, Pusat Sehenti, Tingkat 2, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, bermula jam 9 pagi hingga 11:30 pagi dan sebelah petang dari jam 2 petang hingga 3:30 petang.

Tarikh tutup mengembalikan borang penyertaan adalah pada hari Khamis, 7 Januari 2016.

Tujuan utama Karnival Konvo ini diadakan adalah bagi memberigakan pencapaian dan kegiatan para pelajar Politeknik Brunei, di samping dapat menyediakan satu platform bagi membudayakan bidang keusahawanan dan perniagaan terutama dalam kalangan belia tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA