Bordeaux bangkit ikat PSG 1-1

Bordeaux bangkit ikat PSG 1-1

PARIS, 12 Mei (AFP) – Bordeaux bangkit daripada ketinggalan hasil jaringan Zlatan Ibrahimovic untuk mengikat juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) 1-1 dalam aksi Ligue 1 yang diatur semula, awal pagi tadi.

Ibrahimovic meletakkan pelawat di depan dengan jaringan peribadi ke-36 liga sebelum memasuki setengah jam perlawanan, tetapi Nicolas Pallois menyamakan kedudukan tidak lama kemudian.

Dengan PSG baharu saja dinobatkan sebagai juara dua bulan lalu dan Bordeaux kekal selamat di pertengahan liga, perlawanan itu perlu diatur semula ke penghujung saingan bagi mengembalikan keterujaan.

Keputusan itu menyaksikan PSG menyamai rekod pungutan mata terbaik sepanjang zaman kepada 93 mata, 28 mata di depan pasukan tangga kedua Lyon.

Begitupun, permainan yang ditampilkan mereka tampak jauh daripada tahap terbaik tanpa kehadiran pemain-pemain utama seperti Blaise Matuidi, Javier Pastore, Marco Verratti and Edinson Cavani.

ARTIKEL YANG SAMA