Borja wira Atletico ke final

Borja wira Atletico ke final

SAO PAULO, 7 Julai – Juara Colombia, Atletico Nacional mengorak langkah besar apabila berjaya tampil kali pertama ke final Copa Libertadores mereka dalam tempoh lebih dua dekad semalam selepas menjaringkan kemenangan 2-0 ke atas gergasi Brazil, Sao Paulo.

Rintangan Sao Paulo mula dilihat pada pertengahan babak kedua apabila kapten dan pemain Maicon dilayangkan kad merah akibat berkelakuan kasar terhadap Miguel Borja sebagai tanda kemarahannya.

Dengan keadaan Brazil yang bergelut untuk situasi penyusunan semula barisan perta-hanan mereka, Atletico Nacional telah menjaringkan dua gol melalui sepakan Borja dalam 10 minit terakhir untuk membawa Colombia setapak ke perlawanan akhir.

Gol pertama Borja dijaringkan pada minit ke-82 manakala gol kedua pula dijaringkan selepas enam minit.

Aksi Miguel Borja ketika meraikan gol kedua ketika menentang Brazil Sao Paulo, semasa perlawanan separuh akhir Copa Libertadores 2016 di stadium Morumbi, Sao Paulo, Brazil, semalam. - AFP
Aksi Miguel Borja ketika meraikan gol kedua ketika menentang Brazil Sao Paulo, semasa perlawanan separuh akhir Copa Libertadores 2016 di stadium Morumbi, Sao Paulo, Brazil, semalam. – AFP

Macnelly Torres memberi jaringan bola kepada Marlos Moreno dalam kawasan tersebut dengan begitu baik sekali sebelum memberikan bola tersebut kepada Borja dan terus dijaringkan melepasi gawang pintu gol.

Borja, yang telah membentuk prolifik musim ini dengan 21 gol untuk Cortulua sebelum menandatangani untuk Atletico Nacional, sewajarnya berjaya menempuh beberapa halangan untuk meletakkan Colombia di landasan yang betul untuk sampai ke peringkat akhir Libertadores buat kali pertama kali sejak 1995.

Pemenang separuh akhir akan berdepan sama ada pemain dari Argentina Boca Juniors atau Ecuador Independiente del Valle, yang akan mengambil tempat pada Khamis. – AFP