Bos Apple beri jaminan kepada pelabur

Bos Apple beri jaminan kepada pelabur

CALIFORNIA, 26 Ogos (Reuters) – Ketua Eksekutif Apple Inc, Tim Cook mengambil langkah luar biasa dengan memberi jaminan kepada para pemegang saham semalam dalam komen kepada CNBC mengenai perniagaan pengeluar iPhone di China sebelum kemerosotan mendadak 13 peratus dan pemulihan dalam sahamnya yang menempatkannya dalam julat positif.

Pengguna China bersikap kritis mengenai permintaan untuk iPhone, dan satu kemelesetan dalam pasaran saham negara dan penurunan nilai yuan oleh Beijing baru-baru ini telah mengejutkan pelabur Apple yang telah pun berasa bimbang mengenai kemelesetan pertumbuhan dalam ekonomi nombor dua dunia.

Dengan saham China merosot hampir kepada 9 peratus sebelumnya, Cook mengambil langkah luar biasa untuk memberi komen mengenai keadaan perniagaan Apple pada pertengahan suku kewangan. Sebelum loceng pembukaan perniagaan di Wall Street, beliau menulis dalam satu respons terhadap soalan mengatakan pengaktifan iPhone di China telah menjadi semakin pesat sejak beberapa minggu lalu.

Beliau juga berkata App Store di China mencatatkan prestasi terbaiknya pada tahun ini dalam tempoh dua minggu lalu.

Ketua Eksekutif Apple Inc, Tim Cook turut mengumumkan bahawa App Store di China mencatatkan prestasi terbaiknya pada tahun ini dalam tempoh dua minggu lepas. – Reuters
Ketua Eksekutif Apple Inc, Tim Cook turut mengumumkan bahawa App Store di China mencatatkan prestasi terbaiknya pada tahun ini dalam tempoh dua minggu lepas. – Reuters

“Jelasnya saya tidak dapat meramalkan masa depan, tetapi prestasi kami setakat ini pada suku ini adalah meyakinkan. Selain daripada itu, saya percaya China mewakili satu peluang yang tidak pernah berlaku sebelum itu dalam jangka panjang,” tulis Cook. Pada awal perniagaan, saham Apple merosot sebanyak 13 peratus kepada tahunan rendah AS$92 di tengah-tengah penjualan di pasaran AS. Namun dalam tempoh dua jam mereka mengubah kerugian berkenaan untuk diniagakan sebanyak 2.25 peratus pada AS$108.12, menambah kira-kira AS$85 bilion kepada pemodalan pasaran Apple berbanding tahap rendahnya sebelum itu.

Ia membantu komposit Nasdaq dan indeks S&P 500 menjauhkan diri daripada kerugian yang telah meletak mereka dalam domain pemulihan.

“Disebabkan Cook memberikan beberapa petanda positif mengenai apa yang dilihat oleh Apple ketika kemelesetan pasaran ini merupakan satu kelegaan besar untuk pelabur yang mulai mengalami mimpi ngeri mengenai apa yang mampu dilakukan oleh China pada tahun-tahun akan datang untuk Apple,” kata penganalisis FBR Daniel Ives.