Bos BMW jatuh pengsan di pameran auto

Bos BMW jatuh pengsan di pameran auto

FRANKFURT, 15 Sept (AFP) – Ketua eksekutif BMW, Harald Krueger jatuh pengsan hari ini semasa taklimat media di pameran auto IAA di Frankfurt, memaksa pembuat kereta Jerman itu membatalkan sidang akhbar,” lapor jurugambar AFP.

Krueger berusia 49 tahun, yang mengetuai BMW sejak Mei itu, bercakap kepada para wartawan semasa pameran syarikat itu apabila dia kelihatannya pening dan jatuh pengsan. Beliau kemudian dibantu oleh dua pengawal peribadi.

Dalam kenyataan ringkas, BMW mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif itu mengalami pening-pening dan tidak berasa sihat pada pagi hari itu selepas kembali dari lawatan luar negeri.

Seorang jurucakap syarikat di pameran auto mengatakan sejurus selepas itu, Krueger sudah kembali pulih namun terpaksa membatalkan semua mesyuarat yang dijadualkan hari ini dan pulang berehat di kediamannya.

Pameran auto IAA dirasmikan hari ini bagi jelajah sidang media. Di samping itu, Volkswagen dan Daimler, BMW memiliki tempat utama dalam pameran besar itu, dengan lebih 1,000 pempamer menampilkan model-model terbaru mereka.