Bos FIFA kena siasat

Bos FIFA kena siasat

ZURICH, 25 Sept (dpa) – Presiden FIFA Joseph Blatter kini disiasat kerana kes jenayah dan sudah pun disoal siasat berhubung salah pengurusan dan penggelapan wang, menurut Peguam Negara Switzerland.

“Penyiasatan jenayah ke atas Presiden FIFA, Joseph Blatter, sudah dibuka pada 24 September 2015 kerana disyaki terbabit dalam jenayah salah pengurusan dan penggelapan wang,” menurut satu kenyataan hari ini.

Blatter disyaki menandatangani kontrak dengan Kesatuan Bola Sepak Caribbean yang merupakan tidak baik untuk FIFA selain turut melanggar tugas-tugas fidusiari.

Kenyataan itu berkata Blatter disoal siasat dan manakala Platini pula turut diminta menyediakan maklumat selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif di ibu pejabat FIFA.

Pihak berkuasa Switzerland untuk menggeledah pejabat Blatter turut merampas data.

Berita itu muncul sejurus selepas FIFA membatalkan sidang media dengan Blatter selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif.

ARTIKEL YANG SAMA