Bos kartel dadah, wartawan maut di Mexico

Bos kartel dadah, wartawan maut di Mexico

BANDAR MEXICO, 14 Ogos (AFP) – Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah baru di negeri Veracruz di Mexico semalam, mengorbankan enam orang termasuk seorang bos kartel dadah Zetas dan seorang wartawan, menurut pegawai-pegawai.

Lima lelaki bersenjatakan senjata berat menyerbu masuk ke sebuah bar di timur bandar Orizaba, lalu menembak mati seorang wartawan Juan Heriberto Santos dan Jose Marquez Balderas, bos kartel dadah tempatan dikenali sebagai “El Chichi,” selain empat orang lagi, kata kerajaan negeri dalam satu kenyataan, dengan memetik saksi-saksi. Dua anggota polis mengalami kecederaan, seorang dalam keadaan serius, apabila terkena tembakan tatkala mereka cuba mengejar lelaki bersenjata berkenaan.

Dua wartawan lain turut berada di dalam bar berkenaan, tetapi Cuma mengalami kecederaan ringan, kata pegawai-pegawai.