Bos Mercedes mengadu kepada ayah Verstappen

Bos Mercedes mengadu kepada ayah Verstappen

SAO PAULO, 13 Nov – Bos pasukan Mercedes, Toto Wolff menelefon ayah Max Verstappen, Jos Verstappen mengenai cara pemanduan anaknya pada GP Brazil awal pagi tadi, yang menerima satu teguran daripada pihak Red Bull dan supremo F1, Bernie Ecclestone.

Verstappen yang memandu buat Red Bull telah terlibat dalam beberapa siri insiden, meningkatkan prospek bahawa dia mungkin melakukannya lagi yang mungkin memutuskan keputusan perlumbaan bagi gelaran juara pemandu dunia.

Kedua-dua pemandu Mercedes kini bertarung bagi kejohanan itu di mana Nico Rosberg mendahului rakannya dan juara bertahan Lewis Hamilton dengan 19 mata dengan hanya baki dua perlumbaan.

“Jos memberitahu saya bila dia berada di sini Khamis lepas dan saya begitu terkejut bahawa Toto memanggil ayah pemandu lain dari pasukan pesaing,” ujar bos pasukan Red Bull Christian Homer.

“Saya berasa Jos sedikit terkejut apabila meletak telefon Toto yang bukan sahaja mengulas bagi pihak Mercedes, namun juga pihak Ferrari dan melalui cara Max mengendalikan dirinya tidak memberikan apa-apa kepadanya dan dia perlu mengawal dirinya sendiri.

Max Verstappen yang terkenal dengan gaya pemanduan melulunya. - AFP
Max Verstappen yang terkenal dengan gaya pemanduan melulunya. – AFP

“Saya tidak pernah mendengar pengetua sesebuah pasukan membuat panggilan kepada ayah seseorang pemandu sebelum ini, namun secara jelas Toto berasa ia adalah wajar.”

Homer berjenaka bahawa jika Mercedes begitu mengambil berat, mereka boleh sahaja membuat perlumbaan mereka sendiri di Brazil.

“Ia sesuatu yang tidak wajar, secara jujurnya,” katanya.

“Mereka berdua Max dan Daniel akan melakukan apa yang terbaik bagi keputusan terbaik yang mereka boleh buat dan itulah tujuan kami membayar mereka.

“Sudah tentu, terdapat perlawanan bagi juara dunia, namun itu bagi pemandu-pemandu itu dan bagi kami adalah untuk melakukan yang terbaik dalam perlumbaan ini seperti yang lain.”

Jos Verstappen, juga bekas pemandu F1, mengesahkan bahawa dia menerima panggilan itu namun cuba tidak membesarkan perkara tersebut dan mengatakan dia dan Wolff sering berbual.

Wolff telah menegaskan bahawa “ia begitu tidak elok jika Max diingati sebagai penentu juara dunia atas pemanduan secara melulunya itu,” tambahnya.

Dan Wolff menjelaskan: “Ia tidak benar saya merungut. Jos dan saya sangat ramah.

“Kami sering bercakap dan kadang-kadang makan malam bersama , jadi tiada apa yang luar biasa mengenai perbincangan terbaru kami. Saya tidak mempunyai masalah dengan Max sama sekali.”

Ecclestone bagaimanapun tidak berpuas hati: “Ia tidak kena mengena dengan Toto. Dia (Max) tidak memandu bagi pihak Toto dan mereka tidak memerlukan sebarang pertolongan kerana mereka melakukan kerja yang bagus.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA