Bos Sepanyol sedia ganti Platini

Bos Sepanyol sedia ganti Platini

MADRID, 20 Julai – Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) berkata presidennya, Angel Maria Villar bersedia untuk menggantikan Michel Platini sebagai presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sekali gus muncul calon ketiga yang merebut jawatan tertinggi itu.

“Angel Maria Villar sudah mengumumkan pencalonannya secara rasmi bagi pemilihan presiden UEFA selepas ini,” kata badan induk itu secara ringkas menjelang undian yang akan dijalankan pada September depan.

Villar adalah calon ketiga mengumumkan pencalonan selepas presiden Persatuan Bola Sepak Slovania, Aleksander Ceferin dan bos badan induk bola sepak Belanda, Michael Van Praag.

Platini mengumumkan peletakan jawatannya pada 9 Mei lalu selepas tribunal sukan menolak rayuan terakhirnya terhadap penggantungan selama empat tahun daripada terbabit oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam aktiviti bola sepak selepas didakwa terbabit dalam kes rasuah.

Villar bersedia untuk menggantikan Platini sebagai presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sekali gus muncul calon ketiga yang merebut jawatan tertinggi itu. – AFP
Villar bersedia untuk menggantikan Platini sebagai presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sekali gus muncul calon ketiga yang merebut jawatan tertinggi itu. – AFP

Sesi pemilihan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Platini dijangka dibuat di Athens pada 14 September.

Menduduki kerusi naib presiden di UEFA dan FIFA – Villar yang mengemudi bola sepak di Sepanyol sejak 1998 – amat dikenali di negaranya di sebalik kontroversi yang dilakukannya.

Menurut laporan media Sepanyol, Villar memutuskan untuk bertanding bagi jawatan terbabit kerana mengetahui dia mempunyai sokongan yang diperlukan untuk menang selain pengetahuan mendalamnya dalam organisasi terbabit.

Bekas pemain berusia 66 tahun itu ketika ini mengetuai UEFA secara sementara sejak peletakan jawatan Platini dan dia turut menyerahkan trofi Euro 2016 kepada Portugal di Paris, 11 Julai lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA