BOSE kembali untuk edisi ketiga

BOSE kembali untuk edisi ketiga

BANDAR SERI BEGAWAN – Reebok CrossFit 673 bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada pertandingan The Beast of The South East (BOSE) yang akan menampilkan beberapa bakat sukan yang terbaik di Asia Tenggara.

BOSE yang telah berkembang dengan pesat sejak penubuhannya pada 2012 menjadi salah satu pertandingan CrossFit paling menonjol di rantau ini dan akan menyaksikan final di Bangkok Jun ini.

Atlet dari 10 ahli gabungan CrossFit dan gimnasium dari Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia dan Guam akan bersaing untuk merebut gelaran.

Acara rasmi akan bermula esok (Sabtu) dari Pusat Belia dengan larian yang bakal mempamerkan beberapa khazanah terbesar Brunei.

Selepas itu, atlet akan bertanding dalam empat acara untuk menguji kecergasan secara keseluruhan dari hari ini hingga esok. Acara ini disokong oleh Ninja Camp Bali, Standard Issue Gears, PROGENEX dan Hua Ho Departmental Store.

Kemasukan adalah percuma dan pintu dibuka pada jam 10 pagi esok. Untuk keterangan lanjut awda boleh menghubungi di talian 8636040.

ARTIKEL YANG SAMA