Bosnia peringati tragedi Srebenica

Bosnia peringati tragedi Srebenica

POTOCARI, Bosnia, 12 Julai (Reuters) – Puluhan ribu orang berkumpul di sebuah perkuburan berhampiran Srebrenica di Bosnia hari ini bagi memperingati ulang tahun ke-20 kekejaman paling buruk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Ditinggalkan oleh tentera PBB menjelang akhir perang Bosnia 1992-95, seramai 8,000 lelaki dan kanak-kanak lelaki Islam dibunuh oleh puak Serbia dalam tempoh lima hari.

Mayat mereka dibuang dalam lubang besar tetapi digali semula beberapa bulan kemudian untuk ditanam dalam kubur kecil dalam usaha puak Serbia menutup jenayah mereka itu.

Lebih 1,000 mayat mangsa masih belum ditemui sehingga kini.

Ratu Jordan Noor Al Hussein turut hadir dalam hari peringatan tersebut. – Reuters
Ratu Jordan Noor Al Hussein turut hadir dalam hari peringatan tersebut. – Reuters

Mahkamah PBB sudah memutuskan bahawa pembunuhan beramai-ramai itu adalah penghapusan etnik.

Di ibu negara Serbia, Belgrade, polis mengawal Parlimen selepas kerajaan negara itu mengharamkan perhimpunan bagi memperingati mangsa Srebrenica.

Namun, ribuan penduduk Serbia berkumpul dan menyalakan lilin di sebuah taman berhampiran.