Bosnia undi datuk bandar baru

Bosnia undi datuk bandar baru

SARAJEVO, 2 Okt – Bosnia mengundi datuk bandar baru hari ini pada masa ketegangan baru meletus di antara komuniti di negara Balkan itu, terutamanya di antara penduduk Islam dan Serb Bosnia.

Kira-kira 3.2 juta pengundi akan membuang undi di 140 kawasan perbandaran dan sebahagian besarnya dijangka mengundi berdasarkan kempen etnik. Bandar barat laut Velika Kladusa mungkin dipimpin esok oleh penjenayah perang Fikret Abdic, 77, yang disabit bersalah oleh mahkamah Croatia pada 2002.

Ketika perang etnik Bosnia pada 1990, penduduk Islam Bosnia ini, ketua perang berpengaruh ini, berpihak dengan penduduk Serb menentang tentera Islam yang setia kepada Sarajevo dan mengisytiharkan ‘Wilayah Autonomi Bosnia Barat’.

Beliau dibebaskan pada 2012 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara 15 tahun.

Di timur bandar Srebrenica, terkenal dengan pembunuhan 8,000 lelaki dan budak lelaki Islam oleh tentera Bosnia Serb pada 1995, warga Serbia diramalkan akan menjadi datuk bandar untuk kali pertama sejak 1999.

Seorang wanita Bosnia membuang undinya di stesen undian di bandar Sarajevo, Bosnia pada 2 Oktober. – AP
Seorang wanita Bosnia membuang undinya di stesen undian di bandar Sarajevo, Bosnia pada 2 Oktober. – AP

Hari ini bandar tersebut merupakan alam kecil Bosnia, dengan penduduk Islam dan Serbia hidup sebelah-menyebelah namun bukan bersama – masih sangsi lebih dua dekad selepas perang yang meragut 100,000 nyawa dan menyebabkan dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Pilihan raya bandar akan menjadi konfrontasi politik di antara kedua-dua bandar, walaupun kedua-dua calon telah berjanji akan bekerjasama demi kebaikan semua rakyat.

Ketegangan pada tahun ini di Bosnia adalah kuat, diburukkan lagi oleh keputusan penduduk Serb pada satu referendum hujung minggu lalu untuk terus meraikan “cuti negara” mereka – meskipun pihak berkuasa Sarajevo memutuskan cuti dan pengundian sebagai tidak sah.

Pemimpin politik kedua-dua pihak, Milorad Dodik di RS dan warga Islam Bakir Izetbegovic, telah memimpin kempen agresif sebelum pengundian hari ini menggunakan retorik nasionalis. – AFP