Bossini lancar edisi terhad Sanrio 22 Mei ini

Bossini lancar edisi terhad Sanrio 22 Mei ini

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Kedai Bossini bakal melancarkan barisan pakaian dan beg edisi terhad jenama Sanrio pada 22 Mei ini, di Kompleks Membeli-belah Mabohai di mana hari itu nanti akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

Bertemakan ‘A Day with Sanrio’, hari pelancaran itu akan diisikan aktiviti-aktiviti yang berkisar dengan karakter menarik daripada Sanrio.

Kanak-kanak boleh menyertai pelbagai permainan yang disediakan bermula jam 11 pagi, termasuk baling gelung Sanrio dan ‘Pin the Ribbon’ pada Hello Kitty atau mengambil gambar bersama keluarga di pondok foto.

Pada masa yang sama, ibu bapa juga digalakkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka bagi menyertai peraduan mewarna dan berpeluang memenangi baucar Bossini dan barangan Sanrio.

Peraduan dibahagikan kepada dua kategori iaitu bagi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dan dari usia tujuh hingga 12 tahun.

Pertandingan itu bermula dari jam 2 hingga 3 petang dengan penyampaian hadiah pada pukul 3:30 petang sementara menunggu penyampaian hadiah kepada kanak-kanak, para pengunjung juga boleh menyertai aktiviti Treasure Hunt di persekitaran kedai tersebut.

Pengurusan Bossini melahirkan rasa teruja untuk membawa barisan pakaian edisi terhad Sanrio ke Brunei dan mengalu-alukan kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang dan berseronok dengan Bossini Ahad ini, di samping membeli-belah barangan Sanrio asli dan merebut beg tote Sanrio yang sangat terhad.

ARTIKEL YANG SAMA