Bossini meriahkan lagi Brunei Salebration

Bossini meriahkan lagi Brunei Salebration

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Bersempena dengan Brunei Salebration, kedai Bossini akan melancarkan produk-produk premium mereka pada 10 Januari 2016 ini.

Menurut kenyataan yang diberikan, produk-produk terhad berkenaan yang terdiri daripada Beverage Cooler, yang boleh ditebus untuk pembelian bernilai $90; selipar selesa yang boleh ditebus dengan pembelian bernilai $150 dan Bossini Premium Watch boleh ditebus untuk pembelian bernilai $180 dan ke atas.

Acara pelancaran produk premium juga bertepatan dengan pengumuman ketibaan produk-produk baru yang boleh didapati semasa majlis pelancaran itu nanti. Produk-produk ini juga sangat sesuai untuk Sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

Semua pelanggan akan terus boleh mendapatkan diskaun 10 hingga 50 peratus di kesemua kedainya, dan ahli-ahli ‘Bossini Happy Club’ akan layak mendapat diskaun tambahan 10 peratus ke atas harga belian mereka.

Bossini akan melancarkan produk premium mereka sempena Brunei Salebration pada 10 Januari ini.
Bossini akan melancarkan produk premium mereka sempena Brunei Salebration pada 10 Januari ini.

Pada 10 Januari itu nanti, Bossini juga akan mengadakan aktiviti menarik bagi kanak-kanak di Pusat Membeli-belah Mabohai bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang.

Pelanggan yang membuat pembelian $20 bagi mana-mana produk Bossini akan mendapatkan lukisan serta belon percuma bagi anak-anak mereka.

Orang ramai yang berminat bolehlah berkunjung semasa malis pelancaran itu nanti di kedai Bossini, di Kompleks Membeli-belah Mabohai.

ARTIKEL YANG SAMA