Bot 11 penumpang hilang di luar Tonga

Bot 11 penumpang hilang di luar Tonga

Nuku’alofa, Tonga, 28 Jun (AFP) – Para penyelamat hari ini melancarkan pencarian udara dan laut bagi kehilangan sebuah bot di perairan luar Pasifik Tonga yang membawa 11 orang termasuk lima kanak-kanak.

Polis Tongan berkata bot tersebut bertolak dari ibu Nuku’alofa dengan kapal lain pada lewat petang semalam dan dijangka tiba semalam di pulau Fonoifua, kira-kira 90 kilometer (55 batu) timur laut.

Sebuah bot berlabuh mengikut jadual tetapi tidak ada tanda-tanda bagi pelabuhan bot kedua, menyebabkan polis memanggil sebuah kapal tentera laut dan memberitahu bot lain bagi pencarian bot tersebut.

Tentera udara New Zealand P3-Orion juga dalam pencariannya di seluruh kawasan itu selama tiga jam tidak berhasil menemui apa-apa dan Maritim New Zealand (MNZ) berkata Orion lain dan helikopter akan meneruskan carian pada esok.

“Kehilangan bot tersebut dijangka berpunca daripada enjin yang berkemungkinan gagal berfungsi dengan baik, dan bot mereka mesti hanyut,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pelenatita Vaisuai ketika memberi-tahu kepada Radio New Zealand.

Terdapat laporan yang bercanggah mengenai jumlah kanak-kanak yang berada di atas kapal bot 11 meter (36 kaki) itu.

Polis pada mulanya melaporkan terdapat enam orang dewasa dan lima kanak-kanak berusia dua hingga 12, tetapi MNZ berkata ia telah diberitahu terdapat lapan lelaki, dua wanita dan hanya seorang kanak-kanak.

ARTIKEL YANG SAMA