Bot karam: An...

Bot karam: Anak lemas, bapa hilang

MIRI, 13 Feb – Seorang remaja lelaki mati lemas manakala bapanya hilang dalam tragedi bot nelayan karam berhampiran Pangkalan Kampung Muhibbah, Kuala Baram Lama, di sini pukul 10:40 malam tadi.

Dua lagi mangsa termasuk juragan bot berusia 47 tahun, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, mayat mangsa, Stewart Rumpun, 18, dijumpai pukul 8:22 pagi ini.

“Seorang lagi mangsa iaitu bapa kepada Stewart, Rumpun Pungat yang berusia 68 tahun masih belum ditemui,” katanya.

Law berkata kejadian berlaku apabila juragan bot nelayan itu cuba membuat pusingan secara mengejut, namun ia terbalik akibat tiupan angin kencang menyebabkan bot tersebut karam.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA