Bot karam di selatan Turki, 86 selamat

Bot karam di selatan Turki, 86 selamat

ANKARA, 4 Sept – Sebuah bot pelancong karam akibat angin kencang dan hujan di wilayah peranginan Turki, Antalya kelmarin, dan 86 orang penumpang berjaya diselamatkan manakala seorang penumpang masih hilang.

Menurut Gabenor Antalya, Munir Karaloglu, sekumpulan besar pengawal pantai dan pegawai polis maritim telah dihantar ke tempat kejadian, Daily Sabah melaporkan.

Pusat Agensi Berita Dogan berkata 79 orang telah diselamatkan dan dua orang masih hilang di rantau itu.

Bot itu meninggalkan pelabuhan kapal layar di Kaleici, Antalya sebelum karam di luar pantai Konyaalti, kira-kira 26.5 kilometer jauhnya.

Menurut laporan itu, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan. – Xinhua