Bot kayu tradisional terbakar

Bot kayu tradisional terbakar

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 10 Okt – Sebuah bot kapal kayu tradisional yang beroperasi di laluan air utama menuju ke Dubai telah terbakar, menyebabkan ruang udara diselubungi asap.

Kebakaran itu berlaku hari ini di sebuah dhow di sepanjang Suak Dubai berhampiran Jambatan Al Maktoum.

Dua bot pemadam kebakaran menyemburkan air ke arah api, sementara bot polis turut mengawal berhampiran.

Ia masih tidak jelas apa punca kebakaran berkenaan. Pihak berkuasa tidak segera memberi komen atas kebakaran tersebut.

Suak Dubai itu merupakan serokan Teluk Persian yang memisahkan teras lama bandar dan sebahagian pelabuhan perdagangan aktif bagi kapal-kapal kecil seperti dhow. – AP