Bot laju karam, 4 maut, 10 hilang

Bot laju karam, 4 maut, 10 hilang

JAKARTA, 14 Dis (AFP) – Empat orang, termasuk seorang anak damit, terbunuh dan 10 yang lain hilang setelah sebuah bot laju karam di sebatang sungai di kawasan pulau Borneo Indonesia, menurut seorang pegawai menyelamat hari ini.

Bot itu sedang membawa 53 orang di sungai Kapuas semalam apabila ia terlanggar balak dan tenggelam, beritahu Slamet Riyadi, ketua pejabat mencari dan menyelamat tempatan kepada AFP.

Di samping anak damit itu, tiga wanita turut terbunuh.

“Kami telah mencari di sungai untuk 10 orang yang hilang sejak semalam tetapi setakat ini kami belum menemui apa-apa,” kata Riyadi.

Di antara yang hilang adalah tiga orang kanak-kanak, berusia lima dan enam tahun.

Riyadi berkata satu dozen bot sudah dihantar untuk gerakan mencari di sungai berhampiran tapak kemalangan, tetapi air berlumpur, arus dan balak yang terapung telah menghambat usaha menyelamat.

Indonesia banyak bergantung pada bot untuk menghubungkannya dengan lebih 17,000 pulau, tetapi mempunyai rekod keselamatan laut yang lemah.

Kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia, dikongsi di antara Indonesia, Malaysia dan Brunei.