Bot nelayan China karam, 5 hilang

Bot nelayan China karam, 5 hilang

SEOUL, 27 Jan – Lima anggota kru hilang dan lima yang lain diselamatkan selepas bot nelayan China karam di luar pantai selatan Korea Selatan hari ini, menurut pengawal pantai Korea Selatan.

Bot itu terbalik ketika sedang ditunda oleh bot nelayan China lain selepas mengalami masalah enjin, menurut jurucakap wanita bagi Pengawal Pantai Mokpo.

Kemalangan itu berlaku awal hari ini, kira-kira 85km barat laut Pulau Gageo di Mukim Shinan.

“Empat anggota kru segera diselamatkan oleh bot nelayan China berhampiran, sementara yang lain ditarik dari air sejuk oleh bot peronda Korea Selatan. Namun dia masih lagi tidak sedar.”

“Lima yang lain masih lagi hilang,” katanya.

Tujuh buah bot dari pengawal pantai Korea Selatan dan tentera lautnya, dibantu oleh empat pesawat udara, sedang menjalankan usaha mencari di kawasan itu, tambahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA