Bot nelayan Taiwan ditembak di perairan Indonesia

Bot nelayan Taiwan ditembak di perairan Indonesia

TAIPEI, 22 Mac – Taiwan berkata hari ini ia sedang menyiasat dakwaan sebuah kapal Indonesia mengejar dan menembak dua bot nelayan Taiwan di Selat Melaka, mengingatkan Jakarta bahawa keganasan di laut bergelora tidak dapat diterima.

Kejadian itu didakwa berlaku beberapa hari selepas Indonesia menahan krew sebuah bot China yang disyaki menjalankan kegiatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan di perairannya di luar Laut China Selatan, sekaligus mencetuskan pertengkaran dengan Beijing.

Agensi perikanan Taiwan berkata dua kapal besar tuna sedang melalui perairan Indonesia awal semalam apabila ia dipercayai dikejar dan ditembak oleh kapal pegawai.

Kementerian luar Taiwan telah meminta wakilnya di Jakarta supaya menyiasat dakwaan itu dan memutuskan sama ada kapal kerajaan Indonesia yang terbabit. Perdana menteri Taiwan Chang San-cheng berkata pihak berkuasa mengesyaki sebuah kapal lanun terbabit, namun kemungkinan besar bot kerajaan yang dipersalahkan atas pertempuran ganas itu.

“Walaupun jika ia adalah zon ekonomi Indonesia, bot kami boleh melalui tanpa menimbulkan sebarang kerosakan, maka terdapatnya banyak perkara yang perlu dijelaskan,” kata beliau hari ini.

“Indonesia tidak harus menggunakan cara ganas ke atas bot kami walaupun jika bot terbabit dalam penangkapan ikan haram. Saya ingin berkata cara ganas sedemikian tidak dapat diterima,” kata beliau.

Agensi perikanan Taiwan berkata salah sebuah bot mempunyai lebih 10 lubang peluru. 20 krew bot nelayan adalah selamat dan kapal sedang dalam perjalanan ke Singapura untuk menjalani penilaian kerosakan, tambah agensi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA