Bot panjang karam, 5 mayat lagi ditemui

Bot panjang karam, 5 mayat lagi ditemui

KUCHING, 3 Jun (Bernama) – Lima mayat lagi ditemui sehingga tengah hari ini, menjadikan tujuh daripada lapan penumpang bot panjang yang karam di Sungai Kemena, Bintulu, kira-kira 600km dari sini semalam, sudah dikesan.

Jurucakap bomba berkata mangsa yang ditemui lemas sehingga kini ialah Zunai ak Anjan, 45, pada pukul 7.09 pagi, Stanley ak Tony, 9, (9.05 pagi), Diana ak Embuas, 13, (10.15 pagi), Adreyna Liz ak Lakin, 10,(10.55 pagi) dan Ganing ak Mat, 60-an, (11.05 pagi). Mayat pertama, Jaba ak Lembang, 63, ditemui pada pukul 4.50 petang semalam oleh penduduk kampung.

Beliau berkata operasi mencari yang diketuai Ketua Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di Hata Gobel kini ditingkatkan bagi mengesan seorang lagi penumpangbot yang masih hilang, Liong ak Dani, berumur 8 tahun. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, enjin bot berkenaan dikatakan rosak mengakibatkan ia tidak dapat berhenti lalu melanggar sebuah tongkang yang berada di kawasan membaiki kapal di tebing sungaiitu.

Pelanggaran itu menyebabkan bot panjang terbabit terperosok di bawah tongkang berkenaan, dan seorang penumpang, Johnnie Ganeng, 31, berjaya berenang ke tebing untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot panjang karam di Sungai Kemena Bintulu semalam berjaya menemui lima lagi mangsa setakat tengah hari ini.
Semalam mayat pertama seorang wanita ditemui penduduk kampung pada pukul 4.50 petang dan sehingga kini tujuh daripada lapan penumpang sudah dikesan. – Bernama