Bot pendatang karam di Mesir, 42 maut

Bot pendatang karam di Mesir, 42 maut

KAHERAH, 22 Sept – Sebuah bot membawa pendatang karam kelmarin di lautan Mediterranean, di luar pantai utara Mesir, melemaskan 42 orang dan 150 lagi berjaya diselamatkan semasa misi pencarian tersebut, kata pegawai.

Kapal itu terbalik di luar bandar pelabuhan Rosetta, kata polis dan pegawai-pegawai kesihatan, dengan jumlah bilangan penumpang yang berada di kapal tersebut belum dapat dipastikan.

Tragedi itu muncul sebulan selepas agensi sempadan EU, Frontex, memberi amaran bahawa bilangan pendatang menuju Eropah meningkat dan beralih ke Mesir sebagai tempat berlepas bagi perjalanan laut yang merbahaya. Penyeludup sering memenuhi bot, dimana sebahagian daripada mereka tidak layak untuk menaikinya, apabila para penumpang telah membayar untuk perjalanan tersebut.

Empat puluh dua orang meninggal dunia dalam kemalangan bot kelmarin, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Megahed kepada AFP.

Pekerja kecemasan telah menyelamatkan 150 penumpang, menurut pegawai-pegawai daripada pasukan polis dan Kementerian Kesihatan. Hospital telah bersedia untuk menerima lebih banyak korban jiwa, kata kementerian itu. – AFP

Orang ramai berkumpul di sepanjang pantai di bandar pelabuhan Mesir, Rosetta kelmarin, semasa operasi mencari selepas sebuah bot yang membawa pendatang telah karam di lautan Mediterranean. – AFP
Orang ramai berkumpul di sepanjang pantai di bandar pelabuhan Mesir, Rosetta kelmarin, semasa operasi mencari selepas sebuah bot yang membawa pendatang telah karam di lautan Mediterranean. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA