Bouchard gulung tikar

Bouchard gulung tikar

LONDON, 1 Julai (AFP) – Eugenie Bouchard yang berjaya mara ke final Wimbledon tahun lepas, telah disingkirkan oleh pemain kelayakan dan ranking ke-117 dari China, Duan Ying-Ying dalam pusingan pertama semalam.

Kekalahan 7-6 (7/3), 6-4 Bouchard – pilihan ke-12 – kepada pemain itu adalah kekalahan ke-12 beliau dalam 14 perlawanan terakhir dan akan menyaksikannya terkeluar daripada senarai 20 pemain teratas dunia. Pemain Kanada berusia 21 tahun itu merupakan salah seorang daripada peserta yang berjaya mencuri tumpuan di Wimbledon 2014.

Bouchard mengalami kemerosotan sejak pertengahan Mac, tumbang pada pusingan pertama Terbuka Perancis dan mengalami kecederaan abdomen pada kejohanan gelanggang rumput Eastbourne.

“Saya berasa amat bersedia untuk perlawanan ini tetapi saya mahu bermain tanpa mengira apa yang berlaku,” kata Bouchard selepas tersingkir semalam.

“Abdomen saya koyak pada tahap dua. Mungkin tidak berapa bagus untuk bermain di sini, tetapi saya tidak berjaya di Wimbledon. Jadi saya membuat persiapan yang minimum untuk menyelamatkan diri dalam perlawanan itu.”

Reaksi Bouchard selepas kehilangan mata kepada Duan Ying-Ying dalam pusingan pertama Wimbledon semalam. – Reuters
Reaksi Bouchard selepas kehilangan mata kepada Duan Ying-Ying dalam pusingan pertama Wimbledon semalam. – Reuters

Bouchard yang belum pulih daripada kekecewaan di Wimbledon berkata: “Saya pasti tidak mematahkan raket saya di gelanggang. Anda tidak boleh berbuat demikian di Wimbledon,” beliau berkata.

“Saya akan mengambil sedikit masa untuk sembuh dan mungkin tidak memikirkan tentang tenis untuk sedikit masa dan selepas itu barulah saya kembali,” katanya.

“Amat sukar jika terpaksa tidak bermain tenis terutama di Wimbledon. Saya ingin mencari seorang jurulatih yang baik dan boleh menjadikan saya kuat supaya tidak mendapat kecederaan seperti ini.

“Pertama, sudah pasti kerana tidak cukup kuat tetapi yang kedua, nasib malang. Saya gembira untuk melupakan tempoh ini. Saya amat kecewa dalam beberapa bulan terakhir ini.”

Ketika mengimbau turun naik rentaknya sejak beberapa bulan yang lalu, Bouchard berkata beliau telah belajar daripada pengalaman itu tetapi percaya bahawa dia masih boleh mencabar untuk penghormatan dalam sukan tenis.

ARTIKEL YANG SAMA