Bouchard mara pusingan kedua WTA

Bouchard mara pusingan kedua WTA

MONTREAL, 27 Julai – Wira dari tempat sendiri, Eugenie Bouchard mara ke pusingan kedua pertandingan permuka-an keras WTA di Montreal dengan kejayaan tiga set semalam, yang meminjamkan tenaga bintang ketika juara terbuka Perancis itu menewaskan Garbine Muguruza.

Dalam dua kemunculan lalunya pada pertandingan di laman sendiri, Bouchard gagal untuk memenangi pertandingan.

Tetapi kali ini dia memberikan peminat apa yang mereka mahu lihat dengan kemenangan 6-3, 3-6, 7-6 (7/3) ke atas Lucie Sfarova dari Czech.

Selepas mendominasi set pertama, dia membuat permulaan hambar ke pusingan kedua dan Safarova mendapatkan kelebihan untuk mengheret ke frem ketiga.

Bouchard tidak dapat menyudahkan tiga mata penamat pada kedudukan 6-3 di set ketiga, tetapi selepas Safarova memaksa pertandingan ke tiebreaker, pemain dari Kanada itu bangkit dari defi-sit 3-1 untuk mendapatkan kemenangan.

Bouchard ketika beraksi menentang Lucie Safarova dari Republik Czech pada hari kedua Piala Rogers di Stadium Uniprix semalam di Montreal, Quebec, Kanada. Bouchard menewaskan Lucie Safarova 3-6, 6-3, 6-7. – AFP
Bouchard ketika beraksi menentang Lucie Safarova dari Republik Czech pada hari kedua Piala Rogers di Stadium Uniprix semalam di Montreal, Quebec, Kanada. Bouchard menewaskan Lucie Safarova 3-6, 6-3, 6-7. – AFP

“Penonton beraksi dengan luar biasa,” kata Bouchard, yang mengadakan sidang akhbar lebih panjang selepas pertandingan yang mengakui merasa sakit perut.

Ia adalah selepas Muguruza dari Sepanyol, pemain nombor tiga dunia dan pilihan ketiga, menarik diri dari pertandingan pembukaannya yang mengadu sakit gastrointestinal beberapa minit sebelum dia menentang Naomi Borady dari Britain.

Ia adalah satu lagi penarikan berprofil tinggi selepas pemain nombor satu dunia, Serena Williams menarik diri kerana mengalami radang dibahunya pada hujung minggu.

“Saya merasa kecewa, saya berlatih banyak bagi pertandingan ini,’ kata Muguruza. ‘Sejak semalam, saya merasa pelik dan saya bercakap dengan doktor dan segalanya. Saya merasakan hari ini saya akan merasa lebih baik, tetapi pada masa terakhir saya tidak merasa cukup bagus untuk berada di atas gelanggang dan memberikan yang terbaik.” – AFP