Boufal pecah rekod perpindahan Southampton

Boufal pecah rekod perpindahan Southampton

LONDON, 30 Ogos – Kelab Liga Perdana Southampton memecahkan rekod perpindahan mereka semalam untuk mendapatkan midfield antarabangsa Maghribi Sofiane Boufal yang beraksi untuk pasukan Lille.

Boufal yang berusia 22 tahun bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama Saints dan dilaporkan bernilai 16 juta pound (AS$20 juta). Rekod pasukan Southampton sebelumnya adalah Dani Osvaldo, yang bernilai 15 juta pound dari Roma pada 2013.

“Saya gembira untuk beraksi bersama Southampton dan teruja untuk beraksi di Stadium St Mary di depan peminat,” Boufal memberitahu laman sesawang Southampton.

“Southampton menunjukkan minat untuk mendapatkan saya, dan saya boleh melihat kelab ini adalah tempat terbaik bagi saya meneruskan perkembangan sebagai seorang pemain bola sepak.

“Saya berharap saya boleh mencapai banyak perkara yang hebat bersama Southampton.

Boufal bersetuju menyertai The Saints dengan kontrak lima tahun bernilai 16 juta pound, sekali gus mencatat rekod sebagai perpindahan termahal di Southampton. – AFP
Boufal bersetuju menyertai The Saints dengan kontrak lima tahun bernilai 16 juta pound, sekali gus mencatat rekod sebagai perpindahan termahal di Southampton. – AFP

The Saints kelab yang bagus dengan kemudahan yang menarik, dan saya merasa persekitaran yang sempurna untuk meneruskan kemajuan saya.”

Lille berkata hanya kunjungan bagi pemeriksaan perubatan akan menahan pertukaran tersebut.

Boufal menjalani pembedahan di Qatar pada Mei lalu bagi kecederaan lutut kanan. Dia tidak akan dapat beraksi sehingga sekurang-kurangnya akhir September depan.

Timbalan pengurus besar Lille, Jean-Michel Vandamme memberitahu wartawan: “Kami begitu telus.

“Mereka tahu segalanya dan jika mereka mendapatkannya, ia berbaloi,” tambah pegawai Lille.

Boufal menjadi salah seorang pemain muda di Perancis selepas berpindah dari Angers pada Januari 2015.

Dia menarik minat dari Southampton selepas menjaringkan 12 giol dalam semua persaingan musim lalu bagi membantu Lille menamatkan tangga kelima dalam Ligue 1 dan kelayakan bagi Liga Europa, sambil mara ke final Coupe de la Ligue. – AFP