Boustead lancar Suzuki Celerio

Boustead lancar Suzuki Celerio

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Syarikat Boustead Sdn Bhd, selaku pengedar utama kenderaan jenama Suzuki di Brunei, telah melancarkan Suzuki Celerio untuk pasaran negara ini, di majlis yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Times Square, kelmarin.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengurus Jualan Suzuki, James Wong, yang menekankan bahawa Celerio merupakan kereta hatchback yang bertenaga.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Lim Beng Thai, yang turut melihat lebih dekat ruang dalam kereta berkenaan.

Menurut kenyataan Boustead Sdn Bhd, Celerio adalah wajah baru Suzuki Alto yang telah diubahsuai menjadi lebih besar dan bergaya.

Dato Lim Beng Thai melihat lebih dekat ruang dalam kereta Celerio.
Dato Lim Beng Thai melihat lebih dekat ruang dalam kereta Celerio.
Suzuki Celerio dilancarkan Sabtu lalu di Pusat Membeli-belah Timesquare.
Suzuki Celerio dilancarkan Sabtu lalu di Pusat Membeli-belah Timesquare.

Perubahan lain pada model ini ialah bahagian depan ditambah gril krom yang memaparkan penampilan dinamik, manakala itu, di bahagian belakang pula mempunyai ruang yang lebih besar.

Celerio yang ringan ini dikuasakan dengan enjin 1 liter tiga silinder, di samping transmisi ‘Continuous Variable Transmission’ (CVT) bagi memastikan pemanduan yang lancar.

Kereta ini menumpukan pengguna di kawasan bandar yang menginginkan sebuah kereta kecil yang mempunyai personaliti bagi memberikan kepuasan kepada pengguna.

ARTIKEL YANG SAMA