Boustead tawar promosi hebat

Boustead tawar promosi hebat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Para pelanggan Boustead Sdn Bhd kini berpeluang untuk mendapatkan tawaran kadar faedah sebanyak empat peratus bagi setiap pembelian model Nissan bermula hari ini sehingga 13 November.

Dalam pada itu, para pelanggan juga berpeluang untuk menikmati pelbagai juadah yang berkonsepkan hidangan Dim Sum seperti Pau Ayam dan Kacang Merah, Siew Mai pada Weekend Dim Sum Feast yang diadakan di Bilik Pameran Boustead Sdn Bhd (Nissan) itu di Beribi.

Acara ini dibukakan kepada para pelanggan setia dan orang ramai yang berminat bermula jam 9 pagi sehingga 4.30 petang, di mana ia diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti dart elektronik dan Foosball Table.

Selain itu, orang ramai dan para pelanggan turut berpeluang untuk menguji pandu enam model Nissan iaitu Almera, Pulsar, Juke, Navara, X-Trail dan Teana serta seterusnya berkelayakan untuk menyertai ‘Guess The Number’.

Pelanggan yang mengunjungi promosi tersebut diberi keterangan dengan produk terkini dan jamuan hidangan Dim Sum.
Pelanggan yang mengunjungi promosi tersebut diberi keterangan dengan produk terkini dan jamuan hidangan Dim Sum.
Pelanggan berpeluang untuk bermain dart elektronik.
Pelanggan berpeluang untuk bermain dart elektronik.

ARTIKEL YANG SAMA