Boxes BN buka cawangan pertama di Tutong

Boxes BN buka cawangan pertama di Tutong

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Konsep kedai kiub, di mana peniaga kecil-kecilan boleh menyewa kotak kecil untuk mempamerkan produk mereka, nampaknya semakin mendapat tempat di negara ini apabila banyak kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan sedemikian dibuka, dan terbaru adalah Boxes BN yang telah membuka cawangan pertamanya di Daerah Tutong, semalam.

Menurut pengusaha Kotak BN, idea ini datang setelah melihat beberapa buah kedai seperti ini dibuka kepada peniaga-peniaga kecil khususnya yang bergiat aktif di laman sesawang Instagram mahupun Facebook yang mana perniagaan seumpama ini belum ada di Daerah Tutong.

Maka dengan perasaan mahu mencuba mereka membuat keputusan untuk membuka perniagaan ini setelah berbincang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, tujuan Boxes BN ini diwujudkan bagi memberikan peluang kepada para peniaga untuk mempamerkan barangan jualan iaitu bukan sahaja barangan seperti perhiasan, peralatan dan lain-lain, tetapi juga produk kecantikan dan pelbagai jenis makanan serta minuman.

Boxes BN diwujudkan adalah bagi memberikan peluang kepada peniaga kecil-kecilan untuk mempamerkan produk mereka.
Boxes BN diwujudkan adalah bagi memberikan peluang kepada peniaga kecil-kecilan untuk mempamerkan produk mereka.

Setakat ini, lebih 100 pengusaha yang bergiat aktif dalam perniagaan dalam talian telah pun mendaftar untuk menyertai Boxes BN, yang memulakan perniagaan seawal 7.00 pagi setiap hari sehingga jam 7.00 malam kecuali hari Isnin di Blok ‘A’ Unit 7, Bangunan Hajah Rafiah, Kampung Petani Tutong.

Untuk perkembangan dari semasa ke semasa orang ramai bolehlah mengikuti akaun Instagram @BOXESBN.

ARTIKEL YANG SAMA