BP ketepi rancangan gali minyak di Australia

BP ketepi rancangan gali minyak di Australia

SYDNEY, 11 Okt – Syarikat minyak gergasi Britain, BP hari ini mengetepikan rancangan untuk melaksanakan kerja penggerudian di Great Australian Bight selepas mengkaji program cari gali sejagatnya, satu keputusan yang dialu-alukan oleh para pencinta alam sekitar sebagai kemenangan bagi tanah gersang asli.

Syarikat itu telah berhasrat untuk melaksanakan kerja-kerja penggerudian di empat telaga cari gali di perairan pantai Selatan Australia untuk menilai sama ada wujud kuantiti komersil minyak atau gas asli.

Namun itu adalah langkah berkontroversi dengan tempat perlindungan bagi ikan yu, anjing laut, dolfin dan penguin dan tempat tinggal helang laut dan albatross.

BP bertanggungjawab bagi tumpahan minyak besar pada tahun 2010 di Teluk Mexico dan kumpulan pemuliharaan bimbang dengan risiko yang diperlihatkan kepada persekitaran.

Pengarah urusan syarikat gergasi tenaga bagi cari gali dan penghasilan di Australia, Claire Fitzpatrick berkata keputusan untuk tidak meneruskan adalah susulan kajian strategi sumber awal tahun ini.

“Kami telah begitu mengamati rancangan cari gali kami bagi Great Australian Bight, tetapi dalam persekitaran luaran masa ini, kami akan hanya mencari peluang cari gali sempadan jika ia kompetitif dan sejajar dengan matlamat strategik kami,” katanya dalam satu kenyataan.

“Selepas menimbangkan dengan secara meluas dan berhati-hati, ini terbukti bukanlah alasan bagi projek kami untuk menerokai Bight.”

Greenpeace berkata BP seharusnya tidak pernah menimbangkan penggerudian bagi minyak di ‘kawasan tanah gersang asli’.

“Berita ini akan terutamanya disambut baik oleh masyarakat setempat berhampiran perairan Great Australian Bight seperti pengendali pelancongan, penternak tiram dan nelayan yang bergantung padanya bagi punca pendapatan mereka,” kata pengkempen lautan Greenpeace Australia, Nathaniel Pelle.

“Perdana Menteri Malcolm Turnbull seharusnya kini mengambil endah akan isyarat dari BP ini, menghentikan cari gali minyak seterusnya di Great Australia Bight buat selama-lamanya dan melindungi tanah gersang unik ini selagi beliau boleh.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA