BPK adakan aktiviti bersama pelajar

BPK adakan aktiviti bersama pelajar

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Bahagian Pendidikan Komuniti (BPK), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), baru-baru ini, telah mengadakan aktiviti bersama murid-murid Tahun 6 Sekolah Rendah Delima Satu, yang diadakan di Bangunan BPK, Gadong.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, menerusi aktiviti itu, murid-murid belajar kemahiran kraf tangan dan menyediakan makanan ringan (finger food) di samping aktiviti berbentuk pendidikan.

Aktiviti telah diakhiri dengan penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Ketua Pelajaran Lanjutan, Hajah Erie binti Abdullah.

Pelajar Sekolah Rendah Delima Satu ketika menyediakan makanan ringan di bangunan BPK.
Pelajar Sekolah Rendah Delima Satu ketika menyediakan makanan ringan di bangunan BPK.

Antara tujuan kegiatan ini adalah sebagai salah satu khidmat BPK kepada masyarakat selain menawarkan/mengadakan kursus-kursus, bagi pendedahan awal kepada mereka mengenai BPK di samping mendapatkan pengalaman dan pengetahuan mengenai budaya khidmat masyarakat.

Ia juga sebagai salah satu aktiviti selepas menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah murid-murid berkenaan.

Program yang berkebajikan ini dijangka dilaratkan kepada sasaran-sasaran lain seperti ibu-ibu tunggal bagi khidmat masyarakat BPK seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA