BPK anjur sambutan Israk Mikraj

BPK anjur sambutan Israk Mikraj

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Bahagian Pendidikan Komuniti (BPK), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Kementerian Pendidikan juga tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Ceramah Sempena Sambutan Israk dan Mikraj bagi Tahun 1436 Hijriah/2015 Masihi yang berlangsung di Dewan Kuliah BPK, Gadong, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BPK, hari ini, hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pemangku Penolong Pengarah IBTE, Dr Haji Zamri bin Haji Sabli.

Hadir sama ialah Ketua Pendidikan Komuniti, Hajah Erie binti Abdullah dan pegawai-pegawai kanan IBTE.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh salah seorang pegawai BPK, Pengiran Mohd Zainulariffin bin Pengiran Mohd Hassan dan diteruskan dengan bacaan doa selamat.

Dr Haji Zamri, Hajah Erie bersama para tetamu yang lain semasa menghadiri majlis berkenaan.
Dr Haji Zamri, Hajah Erie bersama para tetamu yang lain semasa menghadiri majlis berkenaan.

Majlis kemudian diserikan dengan ceramah ‘Israk Mikraj: Kewajipan Mengerjakan Sembahyang’ yang disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Pegawai Perhubungan dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Haji Samali bin Haji Adam.

Majlis itu dihasratkan untuk menyemarakkan lagi sambutan Israk dan Mikraj, di samping mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga BPK dan warga IBTE.

ARTIKEL YANG SAMA