BPSC adakan perkumpulan keluarga

BPSC adakan perkumpulan keluarga

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim, seramai 30 ahli daripada Brunei Pajero Sport Community (BPSC), baru-baru ini telah mengadakan perkumpulan keluarga di Tanjung Batu, Muara.

Perkumpulan tersebut turut disertai oleh ahli keluarga dan anak-anak mereka yang baru sahaja selesai menjalani peperiksaan akhir tahun.

Perkumpulan keluarga itu diisikan dengan perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang cuti persekolahan pada hujung tahun ini.

Selain dapat bersuai kenal sesama ahli komuniti, perkumpulan tersebut juga diadakan bertujuan bagi mendedahkan kewujudan komuniti berkenaan kepada orang ramai, yang kini telah memiliki ahli sejumlah 70 orang.

Ahli-ahli BPSC dan keluarga bergambar ramai semasa perkumpulan keluarga itu.
Ahli-ahli BPSC dan keluarga bergambar ramai semasa perkumpulan keluarga itu.

ARTIKEL YANG SAMA