Brad Guzan kekal di Liga Perdana Inggeris

Brad Guzan kekal di Liga Perdana Inggeris

pg21_160703_d

MIDDLESBROUGH, 2 Ogos – Penjaga gol dari Amerika Syarikat, Brad Guzan (gambar), kekal di Liga Perdana Inggeris selepas menyertai Middlesbrough dari Aston Villa.

Kedua-dua pasukan yang bertukar tempat itu – Middlesbrough naik ke Liga Perdana manakala Villa turun ke Liga Kejuaraan – memastikan Guzan terus beraksi di liga tertinggi Inggeris itu.

Guzan, 31, bersetuju menandatangani kontrak dua tahun bersama Middlesbrough di mana dia berdepan saingan sengit untuk mengisi kesebelasan utama.

Turut merebut posisi penjaga gol nombor satu kelab itu ialah bekas penjaga gol Barcelona dan Sepanyol, Victor Valdes yang turut ditandatangani ketika jendela perpindahan kali ini.

Guzan yang membantu Amerika Syarikat mara ke separuh akhir Copa America Jun lalu, menyertai Villa pada tahun 2008. – AP