Bradley sudah sedia

Bradley sudah sedia

LOS ANGELES, 4 Okt – Jika kepercayaan diri adalah jaminan bagi kejayaan bola sepak, Swansea mungkin mencatat kemenangan apabila melantik Bob Bradley sebagai bos baru mereka.

Pengurus berusia 58 tahun itu menjadi warga AS pertama dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan itu dalam salah satu lima liga terbaik Eropah semalam apabila dinamakan untuk menggantikan Francesco Guidolin yang dipecat dua hari lalu.

Bagi Bradley, pelantikan itu adalah peluang yang telah lama diinginkan untuk membuktikan dia berkeupayaan menggabungkan pada peringkat tinggi selepas kerjaya sebagai jurulatih AS dan Mesir begitu juga dalam Major League Soccer, Norway dan Perancis.

Dalam satu temu bual bersama radio Sirius XM awal tahun ini, Bradley mengekalkan biarpun CV yang sederhana, dia percaya dia berada dalam kedudukan yang sama seperti jurulatih ternama yang lain dalam dunia bola sepak.

“Apabila saya berpeluang untuk memerhatikan pengurus berbeza, yang melakukan tugasan bagus, saya menyebutkan (Mauricio) Pochettino, (Jurgen) Klopp, (Thomas) Tuchel yang mengambil alih tempat Klopp di Dortmund, dia seorang pengurus muda yang luar biasa,” kata Bradley.

Gambar fail 18 Jun 2010 menunjukkan Bradley bercakap kepada Landon Donovan ketika AS menentang Slovenia dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2010 di Stadium Ellis Park, Afrika Selatan. – AP
Gambar fail 18 Jun 2010 menunjukkan Bradley bercakap kepada Landon Donovan ketika AS menentang Slovenia dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2010 di Stadium Ellis Park, Afrika Selatan. – AP

“Kami belum bercakap mengenai (Pep) Guardiola dan (Carlo) Ancelotti. Tetapi saya memberitahu anda, mungkin saya bodoh, tetapi saya rasa saya seorang pengurus dalam dan sekitar tahap tersebut.

“Saya tidak menyatakan saya lebih baik berbanding mereka.

Saya tidak memiliki peluang itu tetapi saya rasa orang ramai yang beraksi untuk saya selalu merasakan pengalaman dalam pasukan berbeza, latihan mencabar, terdapat banyak perkara yang dilakukan bagi membantu mereka menjadi pemain yang lebih baik dan orang yang lebih baik.”

Bradley, yang tidak beraksi secara profesional, melalui kedudukan naik dan turun ketika kerjaya kejurulatihan. – AFP