Bradley tewaskan Rios di pusingan ke-9

Bradley tewaskan Rios di pusingan ke-9

LAS VEGAS, 8 Nov (Agensi) – Timothy Bradley memenangi pertarungan yang amat diperlukannya semalam, dengan menumpaskan Brandon Rios pada pusingan kesembilan untuk meraih kejuaraan divisyen welterweight yang terbuka luas berikutan persaraan Floyd Mayweather Jr.

Bradley (33-1-1) mendominasi pertarungan sejak dari awal dengan banyak membuat tumbukan padu ke atas Rios (33-3-1), menggunakan segala kemahirannya untuk memenangi pusingan demi pusingan sebelum dengan tiba-tiba menjatuhkan Rios hasil tumbukan padu di bahagian badan pada pusingan kesembilan.

Rios mampu bangun semula ketika bilangan kelapan oleh pengadil tetapi tidak mampu meneruskan pertarungan dan sekali lagi tumbang akibat tumbukan bertubi-tubi daripada Bradley.

Bradley meraih kejayaan itu hasil prestasi memberangsangkan di bawah jurulatih barunya Teddy Atlas.

Tumbukan padu Timothy Bradley Jr. (kiri) mengenai bahagian kepada Brandon Rios pada pertarungan meteka di Pusat Thomas & Mack pada 7 November 2015 di Las Vegas, Nevada. – AFP
Tumbukan padu Timothy Bradley Jr. (kiri) mengenai bahagian kepada Brandon Rios pada pertarungan meteka di Pusat Thomas & Mack pada 7 November 2015 di Las Vegas, Nevada. – AFP