Braga juara Piala Portugis

Braga juara Piala Portugis

LISBON, 23 Mei (AFP) – Braga menewaskan Porto 4-2 menerusi sepakan penalti setelah seri 2-2 dalam masa perlawanan sebenar untuk memenangi Piala Portugis, 50 tahun selepas kali terakhir memenangi gelaran dalam perlawanan yang berlangsung di Lisbon.

Braga mengambil peluang hasil kesilapan benteng pertahanan dengan mendahului dua gol hasil jaringan Rui Fonte dan Josue, tetapi Andre Silva menjaringkan dua gol buat lawan – termasuklah gol penyamaan pada minit ke-91 – untuk memaksa permainan disambung ke masa tambahan.

Bagaimanapun Marcelo Goiano membantu menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti selepas Hector Herrera dan Maxi Pereira kedua-duanya terlepas peluang bagi Porto, membolehkan Braga menjulang trofi mereka yang pertama sejak 1966.

Kekalahan itu menambah musim yang mengecewakan buat Porto apabila menamatkan saingan liga di tempat ketiga di belakang Benfica dan Sporting Lisbon serta tidak memenangi sebarang gelaran sejak 2013.