Bravo sah ganti Hart

Bravo sah ganti Hart

MANCHESTER, United Kingdom, 24 Ogos – Pep Guardiola semalam menegaskan dia akan terus bekerjasama dengan Joe Hart di Manchester City, walaupun ketika penjaga gol dari Barcelona Claudio Bravo hadir untuk menggantikan pemain antarabangsa England yang tidak diinginkan itu.

Hart menjadi mangsa berprofil tinggi baru Guardiola ketika kelab Liga Perdana dengan bos City itu secara terbuka mengumumkan pilihannya bagi penjaga gol yang boleh beraksi dengan lebih baik dengan bola di kakinya.

Willy Caballero menggantikan Hart bagi tiga perlawanan pertama City, semuanya mencatatkan kemenangan, yang dilihat oleh pengurus Sepanyol, Guardiola.

Bravo terbang ke Manchester dari Barcelona semalam bagi melengkapkan perpindahannya yang dilaporkan bernilai 17 juta (AS$22 juta) dari kelab Sepanyol itu, langkah yang akan melihat Hart, penjaga gol pilihan utama England yang tidak dipertikaikan ketika Kejuaraan Eropah tahun ini, jatuh menjadi pilihan ketiga di Eastlands.

Kesukaran Hart diburukkan lagi dengan perpindahan yang berpotensi ke Everton dan Sevilla yang dilihat gagal, sekurang-kurangnya kerana gajinya yang tinggi yang menjadikan perpindahan secara pinjaman itu terhalang bagi kebanyakan pelamar yang berpotensi.

“Saya mempunyai hubungan yang bagus bersama Joe. Kami bercakap mengenai bola sepak,” kata Guardiola yang dirakamkan bercakap kepada Hart ketika latihan menjelang persaingan kelayakan Liga Juara-Juara pasukan City menentang Steaua Bucharest hari ini.

“Jadi saya tidak dapat menafikan apa yang semua orang ketahui. Barcelona, tujuh sehingga 10 hari lalu, adalah yang pertama mengumumkan konteks bersama Manchester City.

“Tetapi saya memohon maaf, sehingga persetujuan itu lengkap atau tidak lengkap (saya tidak dapat bercakap) tetapi pada ketika ini pemain itu (Bravo) bukanlah pemain kami,” Guardiola juga memberitahu wartawan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA