Brazil, Argentina antara pasukan pilihan pada temasya Copa America

Brazil, Argentina antara pasukan pilihan pada temasya Copa America

MIAMI, 18 Dis (AFP) – Brazil, Argentina, Mexico dan Amerika Syarikat diletakkan selaku pilihan utama kumpulan pada kejohanan Copa America 2016 yang bakal berlangsung, Jun depan.

Amerika Syarikat yang juga tuan rumah diletakkan sebagai pilihan utama dalam Kumpulan A, manakala Argentina pula dalam Kumpulan D sebagai pasukan dengan ranking tertinggi di benua Amerika itu.

Menerusi pengumuman yang dilakukan Konfederasi Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) itu, Brazil diletakkan dalam Kumpulan B, sementara Mexico pula dalam Kumpulan C.

Sebanyak 12 lagi pasukan akan diundi dalam empat kumpulan terbabit pada awal tahun depan dengan pemilihan dibuat berdasarkan ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk bulan ini.

Brazil antara pasukan pilihan pada kejohanan Copa America 2016 yang bakal berlangsung Jun depan. - AFP
Brazil antara pasukan pilihan pada kejohanan Copa America 2016 yang bakal berlangsung Jun depan. – AFP

Levi’s Stadium di Santa Clara bakal menjadi medan perlawanan pembukaan membabitkan tuan rumah, Amerika Syarikat dan pasukan di ranking kedua tertinggi dalam kumpulan mereka selain perlawanan di Chicago dan juga Philadelphia.

Brazil pula bakal membuka aksi menentang lawan mereka di Rose Bowl di California sebelum perlawanan kedua di Orlando, Florida dan seterusnya di Foxborough, Massachusetts.

Santa Clara turut menjadi venue perlawanan pembukaan buat Argentina dengan perlawanan lain akan dilangsungkan di Chicago dan juga Seattle.

Sementara itu, Mexico akan memulakan aksi di Phoenix, Arizona sebelum ke Pasadena, California dan juga Houston untuk baki perlawanan lain.