Brazil belasah Haiti

Brazil belasah Haiti

ORLANDO, 9 Jun – Philippe Coutinho meledak hatrik manakala Renato Augusto menjaringkan dua gol bagi membantu Brazil membelasah Haiti 7-1 dalam aksi Kumpulan B saingan Copa America di Citrus Bowl, sebentar tadi.

Coutinho mempamerkan rentak menarik yang menjadikan beliau salah seorang penyerang Liverpool paling kuat dalam Liga Perdana musim lalu ketika Brazil menewaskan Haiti dalam pertemuan kompetitif pertama kedua-dua negara.

Pemain tengah berusia 23 tahun itu meraih dua gol dalam setengah jam pertama perlawanan Kumpulan B yang berat sebelah di Orlando Citrus Bowl, Florida.

Coutinho kemudian meraih gol ketiga pada minit terakhir masa kecederaan dengan sepakan lencong melalui rembatan hebat untuk melengkapkan hatrik malam itu.

Pengurus Brazil Dunga memuji persembahan Coutinho yang telah menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim ini.

Coutinho (kanan) bersaing dengan pemain Haiti, James Marcelin dalam kejohanan Copa America Centenario di Orlando, Florida, kelmarin. – AFP
Coutinho (kanan) bersaing dengan pemain Haiti, James Marcelin dalam kejohanan Copa America Centenario di Orlando, Florida, kelmarin. – AFP

pg22_160610_CopaAmericaLogo

“Dia benar-benar mengambil kelebihan daripada semua peluang yang diberikan, kata kapten juara Piala Dunia Brazil 1994 itu.

“Kami banyak bercakap kepadanya mengenai menjadi ‘Coutinho Liverpool’ dengan mengambil inisiatif, menerajui pasukan dalam semua gayanya sendiri,” tambah pengurus itu.

Keputusan itu menyaksikan Brazil mengumpul empat mata daripada dua perlawanan selepas terikat tanpa jaringan dengan Ecuador dalam aksi sulung. Juara dunia lima kali itu akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang Peru, Ahad ini.

Bagi Haiti yang beraksi kali pertama dalam saingan Copa America dan perlawanan kompetitif sulung mereka menentang skuad Selecao, mimpi indah bertukar menjadi ngeri apabila mereka jelas tidak dapat menandingi kehebatan lawan itu.

Brazil mengawal sejak mula hingga tamat perlawanan. Penyerang Liverpool, Coutinho membuka tirai jaringan buat Brazil pada minit ke-14 selain turut meledak gol pada minit ke-29 dan 92.

Dua gol Augusto terhasil pada minit ke-35 dan 86 manakala Gabriel (59) dan Lima (67) masing menjaringkan satu gol. Gol sagu hati Haiti hadir menerusi jaringan James Marcelin pada minit ke-70. – AFP