Brazil ‘cuba’ beraksi tanpa Neymar

RIO DE JANEIRO, 13 Mac – Jurulatih dari Brazil, Tite semalam memastikan ketiadaan bintang Neymar yang mengalami kecederaan dengan membawa masuk nama-nama baru dalam skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan menentang Rusia dan Jerman.

Perlawanan tersebut akan diadakan pada 23 dan 27 Mac adalah pemanasan terakhir bagi pasukan Brazil sebelum menuju ke kem mereka di Sochi, selatan Rusia, bagi Piala Dunia yang bermula pada 14 Jun.

Persediaan pasukan yang dipenuhi dengan pemain berbakat terjejas dengan kecederaan kaki Neymar yang dialaminya ketika beraksi bersama Paris Saint-Germain pada Februari lalu. Tite menangguhkan pengumuman skuadnya itu selama 10 hari agar dia boleh menilai keadaan itu.

Sekarang dengan ketiadaan Neymar, yang dalam pemulihan dari pembedahan sehingga tiga bulan, Tite memutuskan 25 senarai berbanding 23 pemain seperti biasa.

Jurulatih Brazil, Tite semasa menghadiri sidang media di Rio de Janeiro, Brazil semalam. Dengan ketiadaan Neymar, Tite menyenaraikan penyerang Real Sociedad, Willian Jose untuk perlawanan persahabatan menentang Rusia dan Jerman nanti. – AP

Willian Jose, 26, pemain penyerang, diberikan peluang bagi musim terbaiknya di pasukan Real Socidad, Sepanyol dengan panggilan pertamanya bersama pasukan kebangsaan.

Talisca, yang menyerlah di Beskitas, Turki, dipanggil semula, berikutan dua perlawanan persahabatan pada 2014.

Ketiadaan dalam senarai pasukan itu adalah pemain pertahanan Juventus, Alex Sandro, dengan Tite memilih Filipe Luis dari Atletico Madrid.

Perlawanan menentang Rusia akan diadakan di Moscow sebelum Brazil terbang ke Berlin untuk menghadapi pasukan Jerman. Kempen Piala Dunia pasukan itu akan bermula pada 17 Jun menentang Switzerland di Rostov. – AFP