Brazil cuba serang hendap Argentina

Brazil cuba serang hendap Argentina

BELO HORIZONTE, Brazil, 9 Nov – Selecao yang bangkit semula kembali ke lagi venue kekalahan paling memalukan dalam sejarah mereka esok apabila menghadapi skuad Argentina dalam persaingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Dua tahun lalu di Estadio Mineirao, Belo Horizonte, Brazil dibenam 7-1 oleh pasukan Jerman dalam persaingan separuh akhir Piala Dunia sehingga meletakkan keadaan trauma yang menyaksikan negara taksub dengan bola sepak itu tertekan.

Tetapi menuju tahun 2016, Brazil dilihat pasukan yang kuat menuju jalan pemulihan ketika mereka bersedia bagi pertemuan ke-107 menentang Argentina di tempat yang memuatkan 61,800 orang penonton.

Kempen teruk Copa America Centenario yang menyaksikan Brazil disingkirkan pada pusingan pertama perlawanan itu buat kali pertama sejak 1987, membawa kepada pemecatan jurulatih Dunga Jun lalu.

Pengganti Dunga, Tite, bekas jurulatih pasukan Corinthians, menyaksikan kebangkitan semula menyebabkan mereka yang kagum bercakap mengenai kepulangan dongeng ‘jogo bonito’ (permainan cantik).

Jurulatih Brazil Tite (dua kanan) memberikan arahan kepada pemainnya semasa sesi latihan di stadium Mineiro, Belo Horizonte di Minas Gerais kelmarin sebagai persediaan untuk berdepan Argentina dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan. – AFP
Jurulatih Brazil Tite (dua kanan) memberikan arahan kepada pemainnya semasa sesi latihan di stadium Mineiro, Belo Horizonte di Minas Gerais kelmarin sebagai persediaan untuk berdepan Argentina dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan. – AFP

Kemenangan bergaya 3-0 di Ecuador September lalu dalam kemenangan pertama dalam sejarah Brazil, disusuli dengan kemenangan 2-1 ke atas Colombia sebelum membenam Bolivia 5-0.

Kemenangan selanjutnya ke atas Venezuela Oktober lalu untukkemenangan keempat berturut-turut Brazil dalam aksi kelayakan, membolehkan pasukan Tite mengungguli kedudukan teratas dalam persaingan 10 pasukan dengan 21 mata selepas 10 perlawanan.

“Saya tidak mempunyai bantahan. Saya menghidupkan impian kebanyakan jurulatih Brazil,” kata Tite selepas menamakan skuadnya bagi pertembungan dengan Argentina minggu ini. “Saya cuba untuk tidak memikirkan mengenai sejarah. Saya hanya menumpukan kepada strategi.”

Brazil dilihat akan menghadapi ujian kebangkitan mereka menentang Argentina, yang akan mengalu-alukan kepulangan Lionel Messi selepas bintang dari Barcelona itu tidak beraksi dalam tiga perlawanan lalu kerana mengalami kecederaan.

Veteran pasukan Brazil Tastao yang memenangi Piala Dunia 1970, tertanya-tanya sama ada kemenangan ke atas Argentina akan membantu negara itu untuk melupakan trauma 2014.

“Ia bukanlah kejayaan simbolik untuk menamatkan tekanan atau perkabungan walaupun jika ia bukan menentang Jerman,” tulis midfield berusia 69 tahun itu dalam satu kolum.

Pemulihan semula ‘joie de vivre’ Brazil mendapat contoh terbaik dengan rentak Neymar dan kemenangan ke atas Bolivia bulan lalu, sementara yang lain seperti Philippe Coutinho dari Liverpool dan Roberto Firmino juga menyerlah di bawah Tite.

Pemain remaja Gabriel Jesus yang beraksi di Manchester City juga cemerlang dengan menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan, juga di bawah Tite.

Sementara nasib pasukan Brazil melonjak naik, rentak Argentina menurun dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Neymar semasa berlatih di stadium Mineiro kelmarin. – AFP
Neymar semasa berlatih di stadium Mineiro kelmarin. – AFP
Kepulangan Messi ke dalam skuad Argentina pasti memberikan cabaran hebat kepada kebangkitan Brazil Khamis ini. – AFP
Kepulangan Messi ke dalam skuad Argentina pasti memberikan cabaran hebat kepada kebangkitan Brazil Khamis ini. – AFP

Dengan ketiadaan Messi, Argentina tewas sekali dan seri dalam dua daripada tiga perlawanan mereka dalam satu keputusan yang menyaksikan kedudukan Albiceleste itu ketinggalan di belakang.

Keputusan FIFA untuk menganugerahkan Chile kemenangan 3-0 ke atas Bolivia kerana menurunkan pemain yang tidak berkelayakan juga mengecewakan Argentina, yang menyaksikan Chile melonjak di tangga kelima dan Albiceleste di tangga keenam.

Aksi kepulangan Messi bersama Argentina seharusnya menenangkan kegusaran juara dunia dua kali itu. Messi tiba di Belo Horizonte minggu ini selepas menaiki pesawat persendirian bersama rakan sepasukan dari Barcelona, Neymar.

Dalam perlawanan lain esok, Uruguay yang berada di tangga kedua akan bertemu Ecuador yang mengungguli tangga ketiga di Montevideo sementara Colombia yang berada di tangga keempat akan menentang Chile di tangga kelima di Barranquilla.

Persediaan Chile terjejas dengan kecederaan penyerang Alexis Sanchez. Bintang Arsenal itu mengalami kekejangan otot gred rendah ketika mengadakan latihan di Santiago, yang menghalangnya untuk menyertai perjalanan ke Colombia.

Empat pasukan teratas dalam kedudukan carta Amerika Selatan akan layak secara automatik bagi persaingan Piala Dunia 2018 di Rusia. Pasukan tangga kelima akan menghadapi persaingan play-off. – AFP